Aug 26, 2014

#1 Sentap

ASSALAMUALAIKUM

Sentap. Satu perasaan bilamana kau terasa hati bila kawan2 kau bergurau dgn kau but you dont understand it as a joke. Sentap ni juga berlaku naturally tanpa kau sedari yang sebenarnya kau telah membuat seseorang itu tersentap. Sentap ni jugak depends kpd cara kau mentafsirnya. 

Statement kedua tu aku nak elaborate sikit sbb tu lah sikap aku. Aku tak tahu bila aku develop perangai suka buat orang lain sentap. Aku tak tahu pon aku dah buat orang sentap sebenarnya. Bagi aku, statement sentap yang aku keluarkan ialah statement jujur. Truth hurts so you dont have to sentap actually.

Tapi setiap orang mempunyai kebolehan mentafsir sesuatu itu dengan pelbagai tafsiran. Bagi aku, aku cuma jujur tp bagi orang lain? Diorang mungkin anggap aku tak reti jaga hati orang lain. Aku mula sedar aku dah sentapkan orang sekeliling masa cfs dulu. Roomates selalu terasa hati dgn aku. Kalau dorang tak bagitahu dorg sentap dgn aku mmg sampai sudah aku tak tahu dorang sentap.

Tapi lama kelamaan dorang kenal siapa aku dan sentap tu perkara biasa. Apa yang aku perlu buat ialah minta maaf. Memandangkan aku menyentapkan orang tanpa sedar, aku tak tahu sama ada kawan kawan yang lain turut tersentap sama.

Walaupun kawan kawan aku takkan baca tapi aku nak minta maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki andai kata ayat ayat yang keuar daripada mulut aku dah buat korang terasa hati dgn dahsyatnya dan aku tak tahu. Biasalah, manusia sentiasa membuat kesilapan. Wassalam.

No comments: