Aug 27, 2014

#2 SHAS

ASSALAMUALAIKUM

Kali ni nak cerita sikit pasal kawan2 aku kt uia. Aku ni tak ramai kawan kalau ade pon sekadar classmates je. Tapi masa cfs dulu aku dipertemukan dgn roomates aku. Masa mula2 mmg awkward sbb aku tak pernah duduk asrama. Masa masuk cfs tu first time.

So, aku tak tahu nak berinteraksi dgn roomates aku mcm mana. Kalau takde apa2 yg nak aku katakan mmg aku akan senyap je. Dan orang akan cop aku sombong. Muka aku plak dah mmg sombong, masam mencuka mmg orang takut nak tegur. Aku mengharapkan org tegur aku dulu tp malangnya diorang takut lepas tu sampai ke sudah tak bertegur sapa. Teruknya iolls. Itulah yang berlaku dlm bilik aku semester ni. Sedih.

Tapi, berbalik kpd cerita roomates aku kt cfs aku tak tahu bila kteorg rapat. Mungkin melalui Tirah yang peramah sgt tu la kteorang rapat. Tapi aku nak cite pasal Shasya,Anna dgn Shera je. Lulz. Shasya dgn Anna roomate aku Shera plak classmates Shasya yg selalu sgt dtg bilik.

1. SHASYA

Shasya berasal dari Sarawak. Jauh nau. Bile dia ckp dia dari sarawak aku terbayang dia ialah masyarakat peribumi yang pelik dan unik dkt Sarawak tu. Ternyata dia cumalah orang Melayu Sarawak je. Hahahaha. Aku ingt bila aku tanya nama dia, dia ckp nama dia shasya pastu dia eja satu2 nama dia "Eja dia S H A S Y A tau!". Emkay kenapa bukan shasha atau syasya. Lepastu aku cuba bermesra lantas aku pinjam dia punya starch nak keraskan tudung. Tu je yang aku ingt masa mula2 perkenalan. Tapi malangnya memori diorg ni lagi kuat. Dorang ckp aku pelik sbb berselubung dgn tuala selama seminggu. Loled to that. I cant even remember doh. Sebab aku tutup kepala ialah kepala aku botak. LOL! Seminggu sebelum masuk cfs aku cukur kepala. Jin aprit mane entah yg rasuk aku sampai jd rupe org leukimia kalau nengoknye. Bila aku tgk balik gmbr2 masa aku botak dulu mesti budak2 satu blok ingt aku ni menakutkan atau aku ni budak2 blackmetal tersesat masuk uia. Gentle rock kepala aku. Hahahaha.

Mula2 aku tak rapat dgn shasya and anna sebaliknya aku suka berkepit dgn Tirah sebab dia sgt peramah dan pandai approach aku. Tetapi..... Tetapi biarlah rahsia. Hahahaha. Bermula daripada satu perspektif, aku dgn anna and shasya mula rapat. Aku sangat cemburu dgn shasya sbb dia pandai tp ape yg aku tgk dia tidur je kerja. Nak final pon dia sempat lagi baca novel sampai habis. What we have in common is we are the last daughter in our family. Dia anak bongsu aku pon anak bongsu. Kalau gaduh dua2 nak menang. Bukan gaduh bertumbuk atau bertikam lidah lah. Argument. Shasya suka ajar aku ckp bohong. Hahahaha. Bohong yang mana bila kau berbohong lepas tu bila org nak confirmkan balik statement bohong kau, kau ckp kau tipu je. Hahaha agak keling di situ. Shasya ni jugak adalah mangsa ayat ayat sentap aku. Kasihan. Hahahah.

Shasya jugak tergolong dlm org yang agak memahami aku walaupun aku tak tahu siapa lagi yang turut tergolong dlm kelompok yang sama. Pernah sekali tu, aku tak tahu kenapa setiap pagi aku moody. Asyik nak marah je rasa. Kalau aku moody aku tak nak ckp dgn sesiapa pun utk mengelakkan dorg drpd kena maki walaupun aku takkan maki sebenarnya. Entah. Malas aku nak ckp apa2. Bila dah lama2 kenal Shasya pon tahu yang bila aku diam tak ckp pape tu maksudnya aku tgh merajuk or moody. Walaupun aku pilih utk tak ckp pape, tp pilihan aku tu dah buat org lain terasa hati pula. Hewhew. Sedihnya ramai sgt org yg sentap dgn aku. Hahahaha. 


2. ANNA

Masa mula2 berkenalan dgn Anna, aku tak tahu pun dia akan jadi roomate aku. Masa register uia diwajibkan pakai tudung putih sbb nnt nak amek gmbr matric card. Aku tak ingt apa2 motif kteorang kena masuk dlm Lecture Hall A masa tu tp yg aku ingt kteorg mcm kena ice breaking something like that. Duhhh org nk pergi cop katil dlm bilik ni sempat pulak. Lepas tu kebetulan aku duduk sebelah Anna yang bertudung pink. Dia tak baca ke kena pakai tudung putih? Leulz. Mungkin dia nak menyelam sambil minum air maklumlah brothers uia semua kacak. So, kena la pakai fancy sikit. Tudung pink gittew.

Masa dlm lecture hall, kteorang kena tulis biodata diri. Mcm budak sekolah rendah sgt. Aku tulis aku suka warna purple dgn mengidolakan Dr Sheikh Muzaffar. Aku main tulis je bukan kagum sgt pon dgn beliau. Bila compare dgn kwn sebelah iaitu Anna tetiba dua benda tu sama plak dgn dia. Menyibuk je. Hahaha. Aku compare pon sbb akak committee suruh. Aku ni kan antisocial mane nak berkenalan sgt. Hahahaha. Lepas dah habis segala jadah tu, akak committee tegur la tudung Anna yg berwarna pink ittew. Akak tu tanya la siapa yg sudi nak pinjamkan tudung putih kpd Anna. Anna yg termangu sendirian tanpa teman yg dikenali memandang aku dgn wajah yg penuh kerisauan. I was like "apahal pandang aku doh? I'm wearing my white tudung takkan nak bukak bagi kau kot" gittew. Hahaha. Maklumlah tak kenal kan lu apahal. Hahaha. Lepastu kteorng kena pergi tangkap gmbr matric card. Anna ditahan oleh seorang akak committee dan dia disuruh tukar tudung. Aku pula yang kurang matang masa tu mentertawakan Anna. Tapi dlm hati je lah. Nnt terserlah sgt ketidakmatangan aku tu. Pertemuan aku dgn Anna berakhir di situ tanpa aku ketahui dialah roomate ku. Ohh

Lepastu, aku angkutlah barang ke mahallah. Aku dpt Mahallah Khadijah. Dapat pula tingkat satu. Masa masuk bilik aku terus terkam katil bawah. Maklumlah duduk atas nnt pocong kacau pulak. Hahaha. Masa kemas semua, tetiba Anna masuk. Hekeleh budak ni lagi. Masa kemas barang tu aku kongsi tmpt locker dgn dia. Dia nk kemas aku pon sibuk gak nak kemas. Berlaga2 bontot plak dgn dia. Amboi, nak bermesra pon sabar lah kejap. Tunggulah kita habis kemas dulu. Haahahaha. Lepastu, aku pon pergi mengucapkan selamat tinggal dkt mak dgn abah. Sedih bukan kepalang sbb malam pertama tidur dkt cfs aku nangis. Wuwuwuwu. Nak balik! Hubungan kami semua rakan sebilik mesra angat terharu iolls sbb uolls sudi terima aku yang pelik ni. Masa taaruf week pon dah mesra bnyk gmbr sebagai bukti. Hihihi

Kegemaran Anna ialah meroyan nak kahwin. Tapi aku bersyukur kegemarannya ittew hampir pudar. Dia selalu sgt meroyan dgn aku asyik nak kawen. Malangnya kami masih belum berpunya. Maka, berlajarlah dulu sebelum memikul tanggungjawab yang lain pula.


3. SHERA

Shera ialah classmate Shasya. Dia selalu dtg bilik kteorg nk tny pasal maths kt shasya. Masa mula2 kenal dia, aku rasa Shera ialah seorang yang cantik. Dan aku sayang dia. Hahahaha. Tapi malangnya katil Shera di bilik beliau tidaklah secantik empunya badan. Masa masuk bilik dia aku terperanjat dgn tahap kesepahannya hampir mencecah infinity atau does not exist beliau punya kemahiran mengemas tu. Hahahah. Tapi aku tak kisah sbb dia bukan roomate aku. Hahaha. Kalau kite roomate, aku sudi kemaskan katil dgn meja belajar kau demi kesejahteraan mata aku. Hewhew

Shera ni gila2 lah jugak dan aku rasa dia paling mudah didekati sbb adanya Shasya. Aku lebih mudah mendekati org kalau kawan aku ada sekali. Malah terlebih peramah pula. Aku mula rapat dgn Shera masa last sem kt cfs. Aku mcm tu lah. Bila dah nak berpisah baru reti nak menghargai orang sekeliling. Aku cemburu dgn Shera sbb her crush crushed on her. Like 0.0000001% probability to happen to me. Leulz. Tapi takpe lah. Masing2 ade jodoh. Aku berharap kalian jagalah batas pergaulan dan semoga berkekalan lah hendaknya. Hahahaha

Aku bersyukur dgn kewujudan Shera sebabnya aku dgn Anna terpaksa tinggalkan Shasya di cfs dan sambung degree dkt Gombak sebab dah tamat foundation. Sape suruh study plan tak sama. Hahaha. Kalau tak nombor matric kite sama sama 132XXXX. Hhahaha. Dengan adanya Shera berteman lah Shasya di cfs tu takdelah melukut di tepi gantang pula.Tapi diorang ni dah nak sambung degree dah bulan depan. Welcome to the garden baby. Dah tak payah melangut kat depan gate tu. Hahaha.


Sebenarnya SHAS tu stand for ShasyaHafizahAnnaShera. Sweet angat. Hhahaha. Aku tahu nnt mesti korang sentap baca apa yg aku tulis kat atas tu sbb aku ni jujur orangnya. Hahahaha. Minta maaflah kalau sentap. Hewhew. Apa apa pun, doakanlah ukhuwah yang terjalin ni berkekalan. Kalau berselisih faham tu say sorry je. Aku tak nak kite semua berpecah walaupun it will eventually happen in future. Sementara masih berkesempatan ni marilah kita menghargai apa yang ada.

Sebagai seorang senior dua semester, leulz, aku amat mengalu alukan kedatangan korg ke main campus because I'm looking forward to have fun with you guys. We can share the sadness and happiness together. We can experience the fun of studying in the same place and sharing the tips of surviving in the main campus. Cehh mcm senior sgt je gaya. Hahaha. Kalau kite gemuk, kite kena gemuk sama2. Kalau kurus, kurus sama2. Kalau salah seorang drpd kite jatuh, tariklah yang lagi 3 utk jatuh sekali. Ketahuilah, aku ada untuk korang. Bila2 masa perlukan tempat utk meluahkan, whatsapp aku. Wassalam :)



From left : Anna, Me, Shera, Shasya


No comments: