Jun 11, 2015

#3 Emak

Assalamualaikum

Cerita ni bukan la nak membuka aib keluarga ke apa. Tujuan aku tulis pon sbb utk lepaskan apa yg aku rasa. Yelah, sapa lagi nk pujuk diri sendiri kalau bukan diri sendiri. Cerita kat member kang nnt dorg ingt ape plak sebab tu aku tulis kt sini sebab ianya terlalu panjang. Banyak yg aku nak luahkan. Jenuh nak cerita kt whatsapp. Hahaha

Masalah yg aku hadapi ialah nak menjaga hati emak. Emak aku tahun ni umur dia 59 tahun. Jaga hati org tua ni payah betul aku rasa. Sebab jiwa remaja aku ni masih memberontak lg. Dengan erti kata lain aku belum matang. Jadi org dewasa jauh sekali. Tahun ni aku 21 tahun. Abah, manusia yg aku baru sedar betapa dia sayang anak anak dia walaupun dia tak tunjuk. At least abah cool. Abah dah pergi tinggalkan aku 9/2/15 haritu. Dia meninggal sbb heart attack. Masa tu aku baru start semester 2. Masa nak daftar mahallah abah ikut nak hantar aku sbb dia bosan duduk rumah. Rasa mcm cepat sgt Allah ambil dia dari aku. Tapi abah diizinkan untuk hidup smpi situ je. Aku rindu gila dkt abah. Kalau abah ada lagi aku akan urut kaki abah dgn lebih gigih lg. Betullah org kata bila dah takde baru nak hargai. Tapi takpe. Dunia ni bukan tempat kita. Aku akan selalu doakan abah dapat masuk syurga. Yang ada ayah lg tu hargailah ayah korg. Dia tak tunjuk tp dia sayang. 

Berbalik kpd kisah emak. Hati org tua ni biasala cepat sensitif. Cepat sgt offended dgn sikap anak anak walaupun anak anak berusaha nak jaga hati dia. Aku study uia self sponsored. Mak bayar sbb dia kata dia mampu since aku je yg still belajar and dia tak nak aku berhutang. Cukup la kakak2 aku dulu berhutang tak habis2 lagi bayar. Duit belanja  RM50 seminggu. Aku makan RM10 sehari. Kesimpulannya, aku takde saving. Saving masa aku kerja dulu totally dah habis. Maka di sini terjawab la segala persoalan kenapa aku tak outing dgn kawan2 and instead aku balik rumah every weekend. Aku pernah save RM10 seminggu satu sem dpt RM100. Rasa pathetic gila kot satu sem dpt seratus je. And semua org tahu ekonomi Malaysia mcm gampang skg smpi ringgit takde dlm senarai tukaran matawang anymore which means ringgit dah takde value. 1USD = RM3.8. Jadinya aku bergantung penuh dkt mak untuk duit poket. "Kenapa tak buat part time job?" 

Ini yg aku nak cite. Mak aku tak bagi. Bila mintak duit dia tak bagi. Dengan alasan aku tgh cuti sem tak yah duit belanja. Aku tak puas hati la kan. Once in a while aku nak juga keluar tgk wayang, hang out dgn member etc. Esok, aku nak jumpa kawan2 sekolah rendah sbb dah setahun tak jumpa and kawan aku ada yg nak fly manchester this september. Kena grab la peluang ni sbb nnt dah tak jumpa otherwise dia balik Malaysia. Plan nak pakai kereta myvi mak aku. Dia tak drive pon just kereta tu nama dia. Dia tuduh aku plan macam2 dgn kawan aku pastu pakai kereta dia plus dia kata aku berlagak mcm anak org kaya sbb ade kereta and I was like wth aku nak pinjam kereta for a day je kot. 

Actually, she lost her trust on me to drive her car and it was my bad. One day, aku nak g uia hantar barang sikit and bayar yuran lepas tu nak keluar tgk wayang dgn shera and anna. Drove her car, aku pon g la uia. Mak izinkan. Tapi that wayang part mak aku tak tahu. Aku tak bgtahu pon. Sebabnya aku jenis mcm tu la. G mane2 I made my own decision and I think I dont have to inform her about what I'm going to do and wanna do what I wanna do. Ikut perangai abah lah ni. And because of what I dont know. I didnt pay the fees that day. Aku just hantar barang kt bilik sikit then g tgk wyg. Balik rumah aku bgtau la mak aku tak sempat byr yuran aku just g jalan2 ngn member. Mengamuk dia and I didnt expect that sbb dulu mak chill je. Sejak abah meninggal dia jd mcm tu. Dia risau aku buat apa2 akan mendatangkan kesusahan kt dia nnt. Aku fikir la balik. Yelah aku salah. Dah la guna kereta dia pastu g mana2 tak cakap. Tp on the other side aku rasa tak perlu la tak percayakan aku. For God sake I am 21 years old. Aku pandai la jaga diri. Selama ni aku kerja Pavillion balik lewat malam pukul 10 naik motor sorg and shes cool. The thing is my mom need to trust me that I wont do things that will make her hurt. But she wont understand. Sebab apa? Sebab dia paranoid. Takut akan benda yg belum jadi. Yang belum pasti pon kejadiannya. She thinks tooooo far. Aku tak suka. Lepas tu dia dok ungkit 'abah dah takde insaf la sikit bla bla'. The thing is, aku mintak izin nak buat kerja part time je pon. No need to insaf and its not related at all. Ekonomi gampang begini takkan nak sit back and relax. Wait for the weekly RM50. Hell no. Aku ada keinginan dan keperluan aku untuk dipenuhi. RM50 is like RM10 nowadays and for god sake Najib must step down!  

Lepas2 tu, dia sekat aku drpd drive kereta dia. Tapi aku darah muda. Suka memberontak. I dont care because I dont do anything wrong. Aku tak drive kereta dia pegi kelab malam ke ape ke. Hari tu picnic Taman Layang Layang kt Kepong dia izinkan plak. Mood baik kot. Bila mak membebel, aku cuba sabar sbb setan tgh hasut aku suruh lawan. Aku lawan sikit. But before things become worst, aku walk away. Pergi mandi jap. Sabar. Aku cuba befikiran rasional. Tapi bukan senang2 aku nak batalkan plan aku. Sebab lepas ni dah takde dah. Ni last. Baiklah. Aku takkan drive kereta mak kecuali pegi uia. 

Lepas ni pon, aku buat pape yg aku rasa betul yg baik untuk diri aku, aku buat je. Kerja sambilan misalnya. Mana boleh tahan harap duit mak walaupun nafkah aku dia bagi. Aku harap duit mak sbb ape, sbb nafkah aku mmg wajib dia bagi. Tu je. Kalau aku tak tuntut rugi la. Aku takde income. Memang aku dah layak bagi mak duit sikit. Tapi aku tak bekerja. Mak suruh aku belajar lepastu dpt kerja bagus. Ye memang tu perancangan masa depan. Tp buat apa nak rancang2 sgt kalau Allah tak izin semua rancangan tu hancur. Yang ada depan mata ni aku kena usaha. Sem depan aku nak buat bisnes lah sikit dgn kerja sambilan. Aku tak harap pon mak support aku. Sebab aku study mak tak pernah tanya mcm mana prestasi aku. Yang dia tahu 4 flat tanpa dia tahu aku nak naikkan 0.01 cgpa aku pon susah. Kena usaha lebih sikit.

Skg ni aku fikir ape tau, sape masuk meminang aku, aku terima. Tu pon kalau ade and minimum requirement adalah jaga solat 5 waktu. Hewhew. Tetibe sgt tau. Dasar uia. Skg ni aku nak bertenang and enjoy cuti semester. Mak bebel tadah je lah telinga tu. Kita tak tahu Allah nak tarik dia bila. Ajal tu lebih dekat dgn kita. Aku kena la hargai mak. Nanti mak takde sape nak masakkan utk aku ayam pedas. Dah la aku try masak ikut resepi mak tak pernah jadi and I dont know why. Aku dah berazam tahun ni nak jadi anak solehah walaupun kadang2 gagal. At least aku tak mcm dulu. Suka memberontak. Bila aku nak sesuatu aku nak jugak and my parent need to give me what I want. Mak patut bersyukur aku tak terjebak dgn masalah sosial and kapel2 ni. Aku tahu la jaga diri dah besar2 mcm ni dah layak kawen. lulz.

K lah. Aku dah bertenang dah. Lega sikit dapat lepaskan semua walaupun virtually je. Siapa yg baca ni, you know who you are, ceh,  komen la sikit bagi pendapat what I should and shouldnt do.