Jun 9, 2016

#4 Abah

Assalamualaikum

Its been a while since I write in my blog right? Btw, Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak. Semoga Allah menerima ibadah kita di bulan mulia ni :)

As you can read in the title. I'm going to write about the last hour of Abah in this world. Abah has left us 9/2/15 on 1.30 pm. 

FYI, abah dah lama mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi and he is suspected to have sakit jantung some more and during the past few years before abah meninggal dia sakit buah pinggang and its getting worse.  

5/2/15
Its Abah's 59th birthday. As usual, every week I went home from UIA. Its thursday and I dont have classes on friday. I arrived in the evening. My sister told me Abah wanted to have an orange cake for his birthday. She asked me to go and buy it. Okay. I went to the bakery that we used to buy cake after Maghrib. Luckily, they're selling an orange cake at that time. 

Kebetulan masa tu adik beradik aku semua ada kt rumah. Kiteorg makan la kek tu sama2 sambut birthday abah. Abah makan sikit je. 

7/2/15
Abah masuk hospital. Dalam setahun aku ada la beberapa kali abah admitted and then doktor discharge kan. Mcm tu je. But this time it is his last time. 

Abah admitted sbb kaki abah bengkak. Bnyk air dlm badan dia yg his kidneys tak boleh nyahkan dari badan sebab dah rosak. Sebelum masuk hospital kali ni, abah ada masuk sekali utk cuci darah. Kaki dia pon ada la mengecut sikit. Lepas tu discharged. 

Bila abah masuk hospital kali ni, aku mmg dah rasa tak sedap hati. Perasaan aku tu mmg tak boleh nk cerita mcm mana dia punya tak sedap. Tp aku mcm rasa Abah nk pergi dah. 

Malam tu doktor call mak suruh dtg hospital. Aku yg bwk mak masa tu. Doktor bgtau abah kena dialisis. Sbb buah pinggang abah dah rosak. Kalau tak dialisis toksin dlm badan akan semakin bertambah dan boleh menyebabkan kematian. 

Aku dgn mak suruh abah dialisis bgtau la pasal toksin sume tu. Abah mmg dari dulu taknak dialisis. Mmg dari dulu buah pinggang dia rosak tp dia tak nak dialisis. 

Kalau dia dialisis hidup dia susah. Kena cuci darah 3 kali seminggu. Mmg tak boleh pegi mana2 la. Sbb abah aku suka balik kampung kalau anak2 boleh bwk kan. So, dia mmg tak nak. 

Tp aku tak tahu apa yg menyebabkan dia ubah fikiran. Dia bgtau doktor dia nk buat dialisis plak lepas jumpa aku dgn mak aku. Doktor pon dtg laa bincang2 semua, tny kenapa boleh ubah fikiran tiba2, dialisis bukan perkara main2 it is for a lifetime sampai bila2 apa semua. Abah kata dia nak jugak. 

Ok fine. Doktor buat tapak. Tapak utk sambung wayar machine dialisis dgn abah. Dkt kiri peha dia. On the spot tu jugak. 

8/2/15

Aku dgn mak pegi melawat abah. Aku tak tahu kenapa kteorg tak teman abah waktu malam2. Padahal boleh je sorg teman patient kan. Aku tak tahu. Abah lapar. Makanan hospital dah ada dah. Tp nurse kata abah tak boleh makan. Tp abah degil dia nk makan jugak. Last2 nurse perasan abah nk makan, dia terpaksa halang. Lepastu kteorg duduk jela dkt abah teman abah kt situ. Aku perasan abah nangis. Mungkin sedih dia tak dpt makan. Abah mmg suka makan. Bila dah jd mcm ni dia tak boleh makan. 

Dia dah dialisis sekali tak silap aku waktu tu. Abah nampak lemah. Dia pakai oxygen mask yg paling powerful time tu. Sbb he was short of breath. Mak urut2 je abah time tu. Aku urut kaki abah. Kaki dia still bengkak mcm biasa tp surut sikit. 

Masa ni la perasaan aku tak sedap. Aku rasa mcm tu la kali terakhir aku dpt tgk abah buka mata. Aku terpaksa balik sbb esok ada kelas. Disebabkan abah selalu masuk hospital la kteorg sangka yg nnt abah akan discharge akhirnya. Tp kteorg silap. 

9/2/15

Pagi2 tu aku gerak balik uia sbb ada kelas. Motor aku plak buat hal enjin dia bunyi mcm nk pecah. Mujur smpi uia. Aku pegi kelas jalan kaki haritu. Hari isnin. So aku ada lab first. Masa tu aku baru 2nd year 1st sem. 

Habis je kelas tghr tu, aku dgn anna pegi musolla nk solat zohor. Sementara tunggu azan tu, mak aku call. Mak suruh aku balik. Abah tgh tak stabil. Aku dah tak sedap hati pasal abah. Aku solat zohor pastu aku ckp ngn anna aku kena balik nnt apa2 hal aku bgtau. 

Kakak aku, Nazihah call aku suruh aku balik cepat. Abah masuk ICU. Tapi motor aku rosak. Nazihah kata tggu Baiyah amek la kalau mcm tu. Lepas tu bila aku fikir2, abah nak pergi dah ni. Aku terus lari balik mahallah amek motor. Terus rempit g hospital. Smpi hospital ekzos motor aku meletup. Nasib baik smpi.

Aku terus lari g ICU. Masuk2 je aku nampak mak tgh baca yasin. Ah sudah. Biar betul. Betul ke ni?? Mcm2 aku fikir time tu. Aku tny abah. Mana abah? Tp aku duduk dulu jap. Penat lari pakai jubah. Ape benda entah doktor bebel aku tanak tahu mana abah je skrg. Mak bgtau aku, masa nk dialisis pagi tadi abah unconcious and tak stabil and doktor tgh bg abah cpr. Jantung abah dah berhenti 3 kali. 

Tak lama lepas tu doktor sorg lagi masuk, dia bgtau abah dah meninggal. Fuhh, buat sesiapa yg tak pernah rasa kehilangan yg sgt besar mcm ni, mmg takkan tahu apa yg aku rasa masa tu. Aku tak boleh nk describe mcm mana. Jantung aku rasa mcm nk pecah. Biar betul doktor ni. Takkan la aku dah jadi yatim piatu dah ni. 

Apa2 pun, doktor suruh kteorg tgk abah. Aku g tgk. Abah ada lagi. Berselirat wayar2 kt badan dia. Abah ada lagi. Machine tu tak tunjuk line yg straight sambil keluarkan bunyi org mati tu. Abah ada lagi. Masa tu ada aku,abang aku, mak, kakak Nazihah, suami nazihah dgn pakcik aku. Aku ajar abah mengucap. Tp emosi sedih aku sgt tinggi. Aku tak leh teruskan. Aku suruh abang aku ajar. Aku duduk tepi sambil nangis2. Aku pegang tgn abah. Dah kaku. Tp dia masih bernafas. Tak lama lepas tu dia tak de. Dah pergi. 

Masa tu mmg terasa sedih. Abah dah takde. Aku call kakak Baiyah dgn Kak Ct. Bagitau abah dah takde. Dorg dua je tak sempat tgk abah. Masa tu mmg basah habis lah muka aku. Air mata mmg tak berhenti mcm air paip. Sedih gile. Teramat sgt. Aku kenang balik segala memoro aku dgn abah.

Aku belum sempat balas jasa abah. Aku belum sempat turutkan semua kemahuan abah. Abah tak sempat walikan aku kalau aku kawen. Abah tak sempat tgk cucu cucu dia, zuriat aku. Semua impian yg aku nk bina, abah tak sempat tgk aku realisasikannya dan rasa bangga dgn anak bongsu dia. Time tu aku tak perlukan kata2 penguat dr sapa2 pun sbb dorg tak rasa apa yg aku rasa. 

Masa tgh tggu staff hospital uruskan jenazah tu mmg aku nangis je. Emosi menggunung. Aku lupa ada hikmah di sebalik semua ni. 

Jiran2 sedara mara aku semua dah ada kt situ. Kwn2 abang aku, kwn2 mak aku. Memang ramai. Tggu jenazah. Abah dimandikan dkt hospital je. That time, l got myself together. Boleh la baca yasin sikit2 tp tak habis sementara tggu jenazah. Semua selesai waktu asar. Kak ct smpi nangis2. Dia tak sempat tgk abah. 

Lepas siap mandi, kteorg sume tgk muka abah kali terakhir. Kteorg cium abah. Masa tu kalau aku tak kawal mmg air mata aku jatuh atas abah. 

Abang aku ckp nk kebumi lps maghrib. So, kteorg pon balik la rumah. Malam tu aku solat kt surau. Sbb abah ada kt situ. Tak lama lepastu, van jenazah sampai. 

Semua ramai2 bawak abah pergi kubur. His last ride. Kalau difikirkan semula semua nya berlaku dgn pantas. Mmg Allah permudahkan urusan pengkebumian. Lepas pada tu, aku tak ingt apa2. 

Dua hari aku tak pegi kelas. Kalau ikutkan tak nak pegi seminggu. Tp entahlah. Aku gagahkan diri jugak. 

Tahun ni ramadan kedua tanpa abah. Setiap kali ramadan aku teringat abah. Waktu dia sihat mmg mcm2 makanan dia belikan. Masa dia tak sihat pon mcm2 dia belikan, cumanya aku la yg driver. Bwk dia ke sana ke mari. 

Bila abah dah takda, ayat favourite mak "kalau abah ada..." 

Entahlah. Aku redha. Bila fikir semula, kalau abah panjang umur smpi skrg, dia terseksa. Penyakit dia mmg kronik. Dkt sijil mati pon tulis "acute coronary disease and chronic kidney disease". But basically abah meninggal sbb heart attack. 

Hidup dkt dunia ni sementara. By hook or by crook kita mmg akan pergi. Its all about timing. Abah's time is up. Hargai la ibu bapa korg. Bila dah takde ni la baru kau rasa mcm nk buat sesuatu utk berbakti. Tapi apa la gunanya kalau dah takde. Doa je la yg mengiringi. Pergi la ke seluruh dunia, mmg takkan jumpe lagi dah. Ade satu je. 

Al Fatihah utk abah. 



No comments: