Jun 20, 2016

#5 Rezeki Ramadan

Assalamualaikum

Salam ramadan everybody. 17/6/16 adalah hari yg sgt mendebarkan buat semua iium students. Sebab nak check result exam. Mula2 kata boleh check pkul 12 malam. Punyalah gigih masing2 gigih tunggu nak check result dgn berdebarnya lagi. Makan berbuka pon tak lalu. Alih2 kena troll esok ptg pkul 5 baru boleh tgk result. Padiyappa betul uia. Ok fine lah tggu jelah nak buat mcm mana kan. Sambung lah ke-tidak keruan-an sbb takut tu smpi ptg esok. 

Feeling aku sem ni tak mcm sem lepas tau. Sem lepas aku teramat risau sbb aku tahu aku messed up so tak sedap duduk r tunggu result and result keluar dpt expected and unexpected lah. Unexpected sbb fluid mechanics lulus. Time aku final tu mcm cacing kepanasan tau sbb soalan cam harem susahnya dgn CAM pon hampeh alih2 lulus. Alhamdulillah. Dalam case aku takde risau tak dpt DL tau, lulus tu mmg nikmat terbesar lah dlm uia. Lol

Expectednya kena repeat lah subject2 yg aku tak perform tu iaitu Principles of Mass and Energy Balances(PMass) dgn Biochemistry. FYI, aku biochemical engineering. So repeatlah aku dedua subject ni dgn kawan2 aku yg turut sama kecundang. Lol. 

So, sem yg baru2 ni habis ni 17 hb haritu check result. Hati aku punah utk kesekian kalinya sbb still failed PMass. Kau tak tahu hancur mcm mana hati aku masa tu. Aku kenang balik semua dosa2 aku, apa yg aku dah buat to deserve this. Aku nangis, aku doa, aku nangis lagi. Kau bayang la nak kena repeat subjek sama dua kali sedangkan kwn2 kau dah stepped into another level tapi kau masih di takuk lama. Yang repeaters tahu la perasaan dia mcm mana. Dah lah subjek pmass ni bnyk assignment dgn kena hadap lecturer sama lagi.

Aku dok bayang la aku attend lagi kelas yg sama, lecturer sama, silibus sama, kau paham tp dont get it. Paham tak mcm mana tu. Yang beza you are surrounded with your junior dgn venue yang lain. Bayangkan aku kena repeat lg, study plan aku tunggang langgang lagi. Mmg down habis lah. Anna tanya aku result pon aku tak layan sbb tak nak dia tahu aku failed sedangkan dia pass. Mmg sakit ah masa tu. Aku berkurung tak nak mandi, pakai facial routines sume. But it lasts for about 5 hours only. Lol

Bila dah lepas 5 jam aku dah rasional balik. Aku yakin aku boleh buat exam haritu tp pasal apa aku fail lagi ni. That is my thought. So I've decided to do a rechecking on my final exam papers. Aku meroyan royan la kat Anna. Diberi kata2 semangat dan keyakinan utk bangkit etc. Ok fine aku akan recheck jugak despite the complex procedure and takes long time to be process. Aku email lecturer kata nak consult, dia kata ok. Aku tak kira nak korek gak markah drpd final exam paper aku kalau betul aku messed up final haritu. 

Check result jumaat, sepanjang sabtu ahad tu aku berdoa la despite keuzuran tp ni bulan ramadan penuh berkah. Takpe doa je dgn penuh rasa hina sbg hamba. Dan akhirnya tibalah hari ini 20hb aku pergi jumpa lecturer. Aku bagitau sir aku dpt D- dan aku dah lakukan yg terbaik masa exam haritu. Dia pon check la kat computer dia. DIA KATA GRED AKU SUPPOSED B-

I AM SO SHOCKED. DIA DOUBLE CHECK LAGI DGN DATA2 DIA DGN FINAL EXAM TRANSCRIPT AKU. YA ALLAH BETUL KE NI DIA SALAH KEY IN DATA???

Aku mmg berharap dia salah key in markah. Supposed I obtained 23.5% in final and my CAM is 37.84% so supposed I got 61.34 its a B-. Dia salah key in jadi 3.5 je final exam aku. Ewah ewah betul.

OH TUHAN, WHAT KIND OF FATE IS THIZZZZZ. MASA TU AKU DAH NANGIS DAH tp bukan dpn lecturer la. Sir kata dont worry too much he will help in changing the the grade dkt deans office. Lepas sejam mcm tu dpt email. Dia kata dia dah tukar grade. Ya ALLAH MASA TU AKU RASA BERSYUKUR SANGAT. ALHAMDULILLAH. BERKAT RAMADAN, REZEKI RAMADAN. 

Aku bersyukur sgt aku melatah kejap je dan tak mudah pasrah tapi ikhtiar lagi and its end up like this. Seriously ni mmg pengalaman baru aku. Mujur tukar grade tu tak leceh sbb kejap je and kesilapan pun bukan dtg dari pihak aku. 

All praises is for Allah the Most Gracious, the author of all existence and the creator of heaven and earth. Alhamdulillah for everything. Dengan pertolongan Allah semua ini terjadi. Aku percaya semua ni satu ujian. Sebab haritu aku terdengar dlm radio dia kata "hidup ni satu ujian, mcm mana kita yakin kita masuk syurga kalau tak diuji" betul lah tu dan dlm Al-Quran pon ada mention.

Maka terdetiklah dlm hati aku "haah lah aku belum diuji lagi mcm mana nak masuk syurga. Setakat ujian dari segi akademik (eg: fail subject) tu kecik je". Lebih kurang mcm tu la terdetik dlm hati aku. Lepas tu bila dah kena mcm ni, aku jadi menyesal. Sbb ternyata aku dah tak kuat utk diuji dari segi akademik mcm ni.

I'm currently in my 3rd year of study and I have 3 semesters left excluding the internship so there is no way I can repeat any subject dah lepas ni sbb nnt subject2 lain yg terkeluar drpd landasan study plan tu tak tahu nak letak mana. Tapi Alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan aku dan diberi penamat yg baik. 

To all repeaters, jangan lah mengalah dan give up. Aku tahu dgn kata2 semangat yg berbagai2 drpd sesiapa je disekeliling kau takkan bantu kau lulus. Tp ingt lah kau lulus dgn efforts. Kalau kau tahu kau messed up, terima and keep moving forward. Berazam utk tak ulang lagi masuk lubang kegagalan yang sama.

Ye, takdir aku mcm ni. Takdir kite lain2. So kau kena bersangka baik to the author of all existence, Allah. Dia lah yang berkuasa buat mcm2 dlm hidup kita. Tugas kite ialah minta, doa. Mmg Dia nak kita minta sbb kita hina, miskin and insignificant to Him. Sbb dia nak kita sembah Dia je. Yang Maha Layak utk disembah. 

No comments: